Isnin, Disember 18, 2006





















sebuah karya
Yusuf Fansuri
PENULIS CINTA
- untuk pharohakim


mencalit putih kertas
pena membelah kata
antara pekat dakwat
cinta jadi bunga-bunga
berterbangan si rama-rama
berkicaulah margasatwa
berahilah sang kumbang
alam pun merdeka
malaikat pun alpa!

antara komen daripada sdr Roslan Jomel yang dipetik dari laman sastera_sarawak

Salam kepada sdr Yusuf,


Menulis puisi pendek yang baik kesatuan struktur dalamannya sesukar
menulis puisi panjang yang kukuh penjelasan dalamannya. Baris
pertama hingga ke baris ke empat berdesing penuh ke telinga artistik
saya, sehinggakan boleh dibaca sambil memejamkan mata kerana
kehalusan dan kekuatan diksinya. Baris ke lima hingga ke baris ke
tujuh pula, melintang jauh daripada rasa keasyikan saya sebagai
pembaca, tetapi pada baris ke lapan dan ke sembilannya, saya kembali
dipenuhkan oleh pemilihan diksi saudara yang sememangnya berbakat
memendekkan puisi dengan kepadatan.



















sebuah karya
Yusuf Fansuri
JARAK CURANG
- untuk armizanila

jauh bukannya halangan
untuk pohon cinta tumbuh
sesegar pagi dipanah matahari

jurang bukannya penentu
untuk daun bisa jatuh
ke riba tanah tanpa malu

jarak bukannya pemisah
untuk mengukur kukuh
sebuah mahligai cinta

curang bukannya lambang
rapuhnya tiang seri setia
jika pasaknya terpaut waja!



















sebuah karya
Yusuf Fansuri
SARAT
- untuk sajalimohamad

berdiri di hadapanmu
menghadap penuh harap
mengadu ratap syahdu

aku tanggalkan setiap
jubah dunia kelabu
disisimu sang kekasih

O sayang, terimalah
penyerahan tanpa paksa
segenap berserah jiwa

bukalah rahsia hijabmu
untuk ini hamba masuk
membawa sarat nestapa

O sayang, berilah aku
seteguk anggur cinta
untuk penawar dukalara!











Sebuah karya
Yusuf Fansuri
JEMALA CINTA
- untuk zachmanan

menyelinap sunyi
dalam setiap hati

lahir di antara debar
subur di antara jiwa

anugerah tak ternilai
nikmat tak terungkai

rasa sejuta rahsia
cinta di puncak jemala!

Sabtu, Disember 16, 2006




















Sebuah Sajak
Yusuf Fansuri

Apa aku lakukan tika tiba dipintuMu?
Jangan tanya pasti aku tak bagi tahu!


setiap getar & debar
sukmaku
pabila terkenangkan Mu
pasti aku banjir
dalam airmata!


Akhir Ramadhan 1421.












Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
CINTA SI PEMAIN PEDANG

entah berapa kali
ingin aku tinggalkan
medan permainan ini


namun tak terdaya
menawan kudrat

cuba mengelak
setiap gerak
cuba menepis bijak
helah angin

parut aku masih
belum sembuh
darah ditubuh
belum dibasuh

entah sampai bila
aku harus tega

mengasah pedang cinta

yang sesekali hampir

meragut nyawa?

Khamis, Disember 14, 2006











Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
ANTARA NAFAS HELA
- Untuk Niya

sukarnya aku tafsir
makna tak terucap
dari basah bibirmu

menerka cuba
setiap patah kata
dalam debar penuh

O sayangku…
aku tak bisa pertahan
segala rusuh melanda

sering tanda tanya
tanpa butir jawapan
resah selubung rasa

antara nafas hela
hembusan cintamu
gusarkan segenap jiwa!

Selasa, Disember 12, 2006















Sebuah Sajak Yusuf Fansuri

MENCINTAI RASA


bukan

menuntut cuba

sungguh sukar
aku zahirkan

gemuruh rasa


bukan juga

memaksa cuba

mendamba ingin

sepenuh hati

hasrat ini


bukan pula

niat berdusta

kerana CINTA

lebih pada
percaya


maafkan aku

kerana mencintaimu

terlalu!

Isnin, Disember 11, 2006













Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
SEKETIKA BIARPUN

gelisah ini
sukar kutawar
dengan kelopak
senyum pura
di bibir cuma

hasrat ini
sukar aku bohongi
dengan gerak laku
sembunyi kuku
dicelah jari-jari

wajahmu
tak bisa kuusir
dari taman hati
setelah jejak
berbekas jadi

senyummu
tak bisa kulupa
saat busur terpanah
di dadaku terluka
berdarah cinta

rindu ini
sukar kusisih
dari setiap lembar
memori pantas berlari

hati ini
sukar kuubati
demi ingin rasa
memilikimu biarpun
seketika cuma!

Ahad, Disember 10, 2006


Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
T'LAH

‘ntah berapa kali
tertusuk nadi

belati menghiris

ulu hati,

namun masih jua

bermain senjata
cuba
sang wira buta!














Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
SESAAT

aku cuba
hadir seketika
menggilap piala

demi ini rasa
dusta aku
tak berdaya

demi ini cinta
sesaat tak pernah
berpaling aku
padamu

demi ini hidup
sedetik tak pernah
aku percaya
pada logika

aku mengerti lebih
tak akan aku pinta
apa yang bukan
aku empunya

Jumaat, November 24, 2006











Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
GENDERANG PERANG

harum tubuhmu
meresap aroma segala
genderang perang
merusuh dada

Sabtu, November 18, 2006















Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
BUKAN SELAMAT TINGGAL
- Mengukir kenangan terindah tatkala jiwa resah gelisah

di padang lalang
berterbangan belalang
mengejut sesekali
lamun panjang

kaubisikkan kata
paling manis di telinga
jarimu didakap erat

matahari cemburu
tika awan mendung
membalut redup

nun jauh di biru langit
layang-layang melayah
bersatu bersama bayu

tatkala diasak keras
deru angin entah mana
dan terputus benangnya

lantas kautersentak
menyentap tanganku
tanpa kata
terpaku aku

mengalirlah air mata
lalu aku usap pipimu
dengan sapu tangan
hadiahmu

kaubertanya;
akan ke mana
hilangnya?

luahku perlahan;
bersama desir
rahsia mengalir!












Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
DALAM RUSUH BISIKAN


O tuhan, tak tertanggung ini rasa
dipulas resah tofan mengganggu lena
di ranjang duri menusuk setiap segi

Sang pencinta sayapnya patah
mengheret seksa kepak berdarah
deru angin menyindir berdesir pasir

Tiada lagi yang bisa aku cagarkan
tiada lagi daya menunggang kudrat
demi pertahankan negeri ini kasih

Menyerah kalah tidak pernah mudah
lari bukan bermakna bisa semua berhenti
jarak bukan ukur bijak menentu pisah

Setelah kerah yuda berbekas segala
tinggalan sisa jadi puing-puing ngeri
memerangkap mimpi berterbangan

Rusuh bisikan semakin hampir terasa
antara jarak bibir ke bibir tatkala
bidikan panah duka bertubi masih

O Tuhan, berilah aku ruang bernafas hela
berilah detik seketika mengucup cuma
sebelum ini tubuh melayah ke udara!


Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
ANGIN LUKA


membalut angin berdarah
duka bernyawa mula
tembus peluru
dada terbuka!


Jumaat, November 17, 2006





















Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
PENAWAR SEGALA MUJARAB UBAT


berulangkali memahami cuba
segala rahsia, antara misteri
teka-teki dan permainan rasa,
muslihat bijak, percaturan gerak

panahan tujah seringkali gagal
dielak dengan pantas silat kata
tusukan beberapa kali pedihnya
meracun seluruh kudrat tenaga

di medan edan kejar mengejar
berlari letih memburu tanpa tuju
mengalas beban tanpa muatan
dan berhenti tanpa kepastian

indah dimata bukan indah di jiwa
khilaf membaca isyarat panca
terjerumus mudah dalam sesat
jelas dan terang bersuluh jua

duga lebih mencabar akal erti
busur ragu bidikan silap mata
tak rela tubuh menyerah patuh
tiada dua dalam pilihan setara

hidup punya kejutan keajaiban
tafsiran makna ganda berlipat
cahaya atas cahaya makrifat
penawar segala mujarab ubat

Khamis, November 16, 2006





















Sebuah sajak Yusuf Fansuri

BERAKHIR DI SINI BERMULA


sekian lama gelisah
aku lepaskan gusar
dari sangkar

setelah debar
berdegup tidak
rapi tersimpul nadi


aku bebaskan
nafas-nafas hela
menerjah dada

sang rama-rama
berterbangan
bertebaran
di angkasa

ayuh! raikan
si peniup gita
dunia di puncak
kencana

telah berakhir
segalanya
titik di sini
bermula….

Rabu, November 15, 2006














Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
DUA ANTARA KITA

disisi sungai
tenang arus
menipis tebing

derai airmata
tatkala hiba
dingin mengalir

kuelus pipimu
hangat terasa
teruja cemburu

saat kudakap
tangan eratmu
sunyi berbicara
bahasa halus

antara kita,
cermin cinta
terbelah dua!

nyata, janji
memihak tidak
pada hasrat hati

nun jauh
di kaki langit

merah senjakala
memalit warna
nestapa

















Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
MEMBURU KUPU-KUPU
Untuk Niya

aku sukar
pertahan gusar
mengheret seksa
− aku letih aku pedih

garis langit nipis
hujan seringkali
tinggalkan kabut
dingin dan basah

dicelah dedaun
senja menyusup
sinar malam
mengandung makna
tak terucap

tak terdaya
memburu kupu-kupu
kenangan berterbangan
singgah di ranting
ingatan

di taman ini
aku ditawan sunyi
mengejar rindu
penghujung tiada!



















sebuah sajak Yusuf Fansuri
DAN BERLALU…
buat NIYA

dalam resah
kita bertemu
melerai cuba
simpul gelisah

tak terasa
kaki terluka
mengutip sisa
berderai kaca

berulangkali
silap serupa
dalam beza
suasana

sukarnya
memilih untuk
kepastian satu
simpang antara
hujung tiada

dan berlalu…
adalah kenangan
sebuah ilusi airmata.

Khamis, November 09, 2006


Sebuah Sajak Yusuf Fansuri

JAUH DEKAT

Menelusuri jalan

kita lalui pernah

kenangan memintas

di setiap simpang

ingatan

Resah hati

memulas rindu

wajahmu bersayap

hinggap di setiap

ranting minda

Jam berdetik

lambat terlalu

waktu bangkit

membunuh aku!




Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
KEDUA YANG PERTAMA
Untuk NIYA


ingin tak bisa
aku pertahan
di medan
taruhan jiwa

hati aku
debar zulaikha
tatkala menatap
wajahmu

di tangan luka
tak terasa
dihiris tajam
mata cinta


meski berkali
aku tempah seksa
demi rasa dekat
padamu


berilah ruang
pada aku biarpun
sejengkal cuma
sedetik bertakhta
kedua yang pertama!




CINTA PERTAMA
Karya
Wislawa Szymborska
terjemahan bebas Yusuf Fansuri

Mereka kata
cinta pertama terpenting paling.
Ia cukup romantik
tapi tidak pada aku.

Ada sesuatu antara kita , namun tiada
Ada sesuatu dan telah berlalu.

Tangan aku tak gementar
tatkala tersua hadiah kecilmu
atau warkah-warkah lama berpintal ikat
− bukan pula reben.


Satu-satunya pertemuan lewat ini tahun
adalah perbualan antara dua kerusi
di meja dingin.

Cinta lain
di dalam aku masih bernafas.
Yang ini hilang udara ‘tuk mengeluh.

Tapi masih, seperti dahulu lagi
mampu buat sesuatu orang lain masih belum tentu:
tak bisa diingati
tak bisa diimpi
membunuh aku mati!

Isnin, November 06, 2006

Sebuah sajak kontang
Yusuf Fansuri

KHILAF KHALIFAH

usah mudah tertipu
segala gerak dan laku
daya tipu aksi dan reaksi
di hadapan layar terkembang

ada beza lidah tulus
dengan bicara jujur
seorang bijak pura
di hadapan umat junta
bermain pintar silap mata

kita mudah melatah
menghunus keris patah
saat memilih khalifah
adalah khilaf sejarah



ULASAN SAUDARA YANG BERGELAR PENAGUNUNG TERHADAP PUISI DI ATAS;

yang kontang pada dasarnya suatu kondisi ekstreme. sehingga pada
satu tahap, ia tak dapat berkompromi dengan apa-apa suggestion.

begitu juga sifatnya dengan sajak kontang unjuran saudara
yusuffansuri si moderator laman ini.

sajaknya memang tidak bisa berkompromi dengan sesiapa dan apa-apa
saja. lihat saja betapa terang suluhannya terhadap khilaf khalifah
itu.


usah mudah tertipu
segala gerak dan laku
daya tipu aksi dan reaksi
di hadapan layar terkembang

ada beza lidah tulus
dengan bicara jujur
seorang bijak pura
di hadapan umat junta
bermain pintar silap mata

kita mudah melatah
menghunus keris patah
saat memilih khalifah
adalah khilaf sejarah

beliau seorang penyair yang suka bermain bunyi-bunyi huruf.
sehingga terdengar seperti satu gemersik lagu yang indah.

namun paling penting ialah amanat yang tersurat dan tersirat. 'layar
terkembang'nya itu menampilkan satu drama manusia pencekup.

'seorang bijak pura' katanya pintar amat 'bermain silap mata'. tapi
yang paling menusuk ialah kalimat 'menghunus keris patah'.

itukan gambaran penuh sinikal terhadap bangsa melayu yang
sememangnya budaya keris itu keramat.

orang melayu kerisnya sudah patah. ini gambaran kebudayaan yang
sudah sampai ke peringkat kritikal.

lalu, saya menanggapi ini kritik sosial bukan saja terhadap konsep
khalifah tetapi masyarakat kita.

memang puisi ini kontang, biar disirami air bergalon namun
kekontangan tidak dapat dikompromi.

Sabtu, Oktober 07, 2006













Sebuah Sajak yusuf Fansuri
SASTE(RAWAN)

sedih ini tak mudah sembuh
selagi bahasa tak ditunjang bangsa
"tuan" telah menjadi "hamba"
daulah jadi cacamarba













Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
SEBUAH CERITA KELASI


riuhlah sebuah daulah
dengan pelbagai cerita
yang diterbangkan angin

maka ditaballah gelar
pada petapa pencipta kata
anugerah seni tenggara

rawan hati setiap kelasi
yang mengimpi segala puji
dayung hajat remuk patah

sejarah berpaling tadah
pada bangsa hilang maruah

Rabu, Oktober 04, 2006















Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
KUKESAT AIRMATA PABILA TERKENANG SANG KEKASIH YANG TELAH PERGI

Sebulan kita bercinta
Lailaramadhan

Aku gagahi setiap malam
Sepertiga usia bersyahdu
Dalam ratib puji-Mu

30 malam aku tinggalkan lena panjang
demi mencuci salah sepanjang usia
30 malam aku tanggalkan baju dunia
demi pengabdian seluruh jiwa raga
30 malam aku lupakan segala derita
demi bukti kasih & cintaku pada-Mu

Telah,Kaupergi meninggalkan aku
Menyahut seruan syawal mulia
Telah,Kaupergi meninggalkan aku
Entah belum pasti bisa ketemu lagi?

Yang mampu aku
Lakukan mengesat airmata
Mengalir dingin
Dicelah-celah runtun atma

Kaumelangkah
Tika senja meredup
Takbir puja mengiringi setiap kata

Lailaramadhan...Kaulah kekasih
Setiap tahun kutunggu meski
Tak lama tapi aku bahagia

Acapkali kau menjengah wajah-Mu
Apakah kita bisa bercinta lagi
Sehangat dulu tatkala usiaku semakin senja?
Sebuah Sajak Yusuf Fansuri




Rabu, Ogos 23, 2006















Segugus Pantun Moden
Yusuf Fansuri


Telah tumbuh si pucuk rebung
Selepas hujan cuaca pun murung
Ayam-ayam di reban bukan disabung
Senyum tersengih bukan menyinggung

Ilham adalah rezeki tersembunyi
Angkuh pula adalah nilai terkeji
Semakin berusia makin merendah diri
Kurangkan mengata dan lebih memerhati

Kalaulah padi tunduknya berisi
Manusia pula berpegang janji
Kalau bersaing mudah lupakan diri
Jadilah si beo yang tak tahu erti

Kalau takutkan ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut hilang jejak
Jangan berjalan di tepi sungai

Pantai zaman hilang dan pergi
Disapu ombak berkali-kali
Kalau berjasa biarlah berbudi
Orang 'kan mengenang sampailah mati

Hasrat dan kemahuan biarlah selari
Bagaikan baldi dengan perigi
Jadikan Tuhan rujukan tertinggi
Biarlah bercakap merendah diri.

Isnin, Julai 31, 2006




KEMBALI LEPASKAN AKU
karya Yusuf Fansuri


Bayang-bayang menyelinap dalam lipatan suram rasa
Duka menghiris bulu roma, perit terasa masih, parutnya
Dalam dan pedih

Meratapi kehilangan demi kehilangan dan kehilangan
Kerugian sama tara dengan nilai keberuntungan harapan
Harga perlu dicagar harus dibayar demi sebuah makna
Kesilapan bukan ruang terbuka untuk bisa lari mudah

Sunyi bersayap dan merayap di dinding masa
Menunggu ruang untuk menyetubuhi nubari
Menjadi barah berahi sepi di setiap pembuluh
Di ranjang terlantar sekujur tubuh rapuh

O tuhan, bebaskan dewa naluri `tuk bertarung
Lepaskan kembali magis cinta dari mulut naga
Di puncak matahari menari aku di lingkar api!