Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
KEDUA YANG PERTAMA
Untuk NIYA
aku pertahan
di
taruhan jiwa
hati aku
debar zulaikha
tatkala menatap
wajahmu
di tangan luka
tak terasa
dihiris tajam
mata cinta
aku tempah seksa
demi rasa dekat
padamu
pada aku biarpun
sejengkal cuma
sedetik bertakhta
kedua yang pertama!
2 ulasan:
Suf,
semoga anda menemui KEDUA YANG PERTAMA ITU...
namun terimalah hakikat bahawa
MANIS DAN PAHIT ITU SEBENARNYA SAMA WALAUPUN RASA DI LIDAH BERLAINAN... percayalah; kerana saya belajar dari pengalaman
Suf, semoga anda menemui KEDUA YANG PERTAMA ITU
namun terimalah hakikat bahawa
MANIS DAN PAHIT itu sebenarnya SAMA
Catat Ulasan