Selasa, September 04, 2007


Sebuah karya
Yusuf Fansuri

SUNYI MAKNA

- Untuk Kakanda Pharo sempena persaraanmu


akan sungai usia

terus mengalir

ke laut tenang

dan renta tak bisa

runtuhkan tebing rasa


saat begini menuntut lebih

akrab tuhan, mencintai insan


tak bisa menolak suratan

adat roda berputar jua

akan tiba setiap kita

pada titik hujung garisan mula


gilaplah piala sunyi

agar sentiasa kilaunya

biar hidup sendiri

tapi penuh bererti!


September 4, 2007

Ahad, September 02, 2007


Sebuah Karya
Yusuf Fansuri

LELAKI SEORANG DAN KERETAPI

pertemuan demi pertemuan
kau tetap berlalu pergi

payah dalam
melepasmu jua
entah berapa kali?

di deras angin deru keretapi
wangi tubuhmu harum bersayap

bayang-bayang hilang
sembunyi dalam garis hari

kuucap ingin
tinggalkan aku, jangan
ini rindu memburu sering

di perhentian ini
lelaki seorang
terus membilang sunyi!