Sabtu, Februari 14, 2009



sebuah karya

Yusuf Fansuri

SORGA BERDUA

benar

ini hidup
'kan berpisah


hayat tidak panjang

hanya kenangan bersayap
singgah di kasur masa

katamu; hanya mati

pemutus segala tali

tahu aku

kerana degup nadiku

milikmu
hanya

meski jasad terpisah liang

ini kasih tak pernah terbelah

ini cinta tak seinci berubah


akan terus aku menunggu
di kaki tangga-tangga ke sorga
selamanya bisa kita berdua.

Jumaat, Februari 13, 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri
DATANG KALI INI AKU


O Kekasih
Datang kali ini aku

Di hadapanmu

Jemu tak pernah


Sungguh

Aku memuji

Sepenuh hati


Bukan menduga
Bukan menguji
Bukan memaksa

Sungguh
Aku memuja

Sepenuh jiwa


Bersama
mu
Lupa aku dunia

Keranamu ada


Aku simpan diam

Kerana dendam rindu

Adalah permata

Isnin, Februari 09, 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

DI MATAMU KEBENARAN


O Kekasih

tak perlu sering curiga

tak mampu berdusta aku


di matamu
kebenaran menyala
menyuluh gelita jiwa


dan jika sesat aku pun

kerana aku mabuk edan

menari ghazal kasmaran


O Kekasih

kasih sayangmu mengalir
menyatu zarah-zarah di tubuhku