Isnin, Mac 08, 2010


sebuah karya
Yusuf Fansuri
BENANG


belajar

mengurai benang cahaya

agar tak terjerut makna


belajar

merajut sutera sunni

jadi pakaian hati


belajar

menyarung jubah al arabi

rendah menunduk ke bumi


Ahad, Mac 07, 2010


sebuah karya
Yusuf Fansuri

MENALI CAHAYA


O Kekasih

telah aku masuk

ke dunia senyap


belajar aku
mendengar
dengan akal


belajar aku

erti empati

dengan nubari


O Kekasih
akulah larva sutera
cuba menali cahaya.