Rabu, Oktober 29, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri

PINTU SUNYI


O Kekasih

maafkan aku suatu ketika

kerana cuba mengetuk pintu sunyi

tatkala hatimu masih tak bisa menerima

kehadiran seorang bernama lelaki


ketahuilah olehmu O Hawa

tiapkali hujan membasah laman

tenggelam aku mudah
dalam deraian kenangan


melewati susur tamanmu

satu petang senyap aku diburu rindu
betis kakiku dihiris daun-daun lalang
pedih
merah dan bergaris panjang