Selasa, Disember 23, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri

TETES


nyanyian

tetes hujan

membawa aku

jauh terhanyut


awan kelam

sepi jadi hitam

dingin jadi tajam

aku rindu
sayup bisikan

sayu suaramu
.

sebuah karya
Yusuf Fansuri

KEKASIH YANG BENAR


tiada lain

kuimpikan ingin

hanya padamu jua

mengadu perlu

segala terbuku

dalam naluri

segala terkunci

dalam nubari

kerana

aku tahu

hanya kamu

kekasih yang benar
.