Sabtu, Disember 31, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
GUGUR
seperti
helai-helai daun
melayah digilis angin
kenangan gugur
dari tangkai tahun
satu persatu
pohon usia
makin mengakar
ada akarnya
mula mereput
tanpa sedar
Ahad, Disember 04, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
BENING DI JURAI
hujan
terus-terusan mengalir
bening di jurai atap
dingin menyentuh tulang
dan saraf pun menggeletar
dan bibir tak putus-putus
memujamu, tunduk
seorang adam
rendah hati penuh
menyesali tiap detik
pergi tak mungkin kembali
butir-butir tasbih bukit uhud
jadi saksi kulepaskan rindu
dari sangkar materi
terbang menghadap
syahdu di puncak tinggi!
Sabtu, Disember 03, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
DAN DAUN...
dan daun...
pun jatuh
ditiup angin
debar
mengasak
ruang dada
dan daun...
melayah
entah ke mana
hilang
dari pandang
mata
dan daun...
selamanya
sementara
Sabtu, November 26, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
KERANA ADANYA
O Kekasih
maafkan
maafkan
maafkan
tingkah segala tindak
sengaja tidak
kerana adanya
lemah pada perbuatan
alpa pada sifat
aku sahaya
sujud runduk
selayaknya
padamu
O Kekasih
Sabtu, November 12, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
ADA YANG
ada yang
menghiris
tika tetes hujan
perlahan jatuh
& lumut-lumut
pun basah
Rabu, September 14, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
PERLAHAN
perlahan pulang
tanpa mampu
dibujuk rayu
penjaga senja
kerana sabit bulan
menghantar tanda-tanda
memanggilnya kembali
ke dakap tertinggi
diiring seru bersayap
terbang ke peterana langit
Isnin, September 12, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
SEPERTI HILANG SEGALA
datangkan padaku
seorang penawar
mujarab obat
sakit cinta ini
tak tertanggung
bisanya meracun
segala saraf urat
tak mahu aku
seperti hilang segala
Jumaat, Ogos 05, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
TELAH LAMA
telah lama
kaupergi
sejak itu
aku
menunggu
silih siang berganti
beralih kasur malam
penuh percaya
aku
kau 'kan kembali
ke ribaan
suluh berpandu
cahaya bulan
aku pasti
kaupergi
lagi sekali
setelah itu
mungkin aku
di sini tiada...
Isnin, Ogos 01, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
DATANG AKU KALI INI
O Bulan
datang aku
kali ini tika
subuh masih
basah lagi
angin perlahan
mengusap sisi
jubah undan
tunduk aku
dengan seluruh
menadah
rasa
penuh rendah
O Bulan
datang aku
kali ini biar
embun dini
jadi saksi...
Isnin, Jun 20, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
SEBENTAR, TUNGGU...
O Kekasih
lama telah
kutanggal susuk
persalinan merak
dari tubuhku
di tasikmu
belajar aku
lentur bahasa aur
kias kocakan ikan
debar getar angin
O Kekasih
seekor Undan, aku
memilih bersunyi
mencari damai erti
sepi kelopak teratai
Sabtu, Mac 19, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
MENYISIH ANGIN
O
Kekasih
tak pernah
aku menyisih
angin
aku
elang malam
'nentiasa runduk
pada
bahasa
bulan!
Selasa, Februari 08, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
NATIJAH ANGIN
tika
sehelai daun
jatuh dari
tangkai hari
menari pusaran
di tengah laman
katamu
itu bukan
natijah angin
menderu
tapi hukum
alam t'lah
dijatuhkan!
Selasa, Januari 18, 2011
sebuah karya
Yusuf Fansuri
MALAM MEMANGGIL
tika malam
memanggil aku
ke kamar rahsianya
O Yusuf
di tanganmu
ada seberkas kunci
di hadapanmu
ada pintu-pintu gelap
masuklah
ke dalam
cahaya
yang menidurkan
sahabat gua
benar
malam nisbahnya gelita
tapi 'tuk Sang Pencinta
adalah
malam suluh jiwa!
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catatan (Atom)