Sabtu, Disember 16, 2006












Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
CINTA SI PEMAIN PEDANG

entah berapa kali
ingin aku tinggalkan
medan permainan ini


namun tak terdaya
menawan kudrat

cuba mengelak
setiap gerak
cuba menepis bijak
helah angin

parut aku masih
belum sembuh
darah ditubuh
belum dibasuh

entah sampai bila
aku harus tega

mengasah pedang cinta

yang sesekali hampir

meragut nyawa?

Tiada ulasan: