Isnin, Disember 18, 2006





















sebuah karya
Yusuf Fansuri
PENULIS CINTA
- untuk pharohakim


mencalit putih kertas
pena membelah kata
antara pekat dakwat
cinta jadi bunga-bunga
berterbangan si rama-rama
berkicaulah margasatwa
berahilah sang kumbang
alam pun merdeka
malaikat pun alpa!

antara komen daripada sdr Roslan Jomel yang dipetik dari laman sastera_sarawak

Salam kepada sdr Yusuf,


Menulis puisi pendek yang baik kesatuan struktur dalamannya sesukar
menulis puisi panjang yang kukuh penjelasan dalamannya. Baris
pertama hingga ke baris ke empat berdesing penuh ke telinga artistik
saya, sehinggakan boleh dibaca sambil memejamkan mata kerana
kehalusan dan kekuatan diksinya. Baris ke lima hingga ke baris ke
tujuh pula, melintang jauh daripada rasa keasyikan saya sebagai
pembaca, tetapi pada baris ke lapan dan ke sembilannya, saya kembali
dipenuhkan oleh pemilihan diksi saudara yang sememangnya berbakat
memendekkan puisi dengan kepadatan.

1 ulasan:

Penabahari berkata...

tanpa cinta puisi hilang rohnya