Sabtu, Oktober 07, 2006














Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
SEBUAH CERITA KELASI


riuhlah sebuah daulah
dengan pelbagai cerita
yang diterbangkan angin

maka ditaballah gelar
pada petapa pencipta kata
anugerah seni tenggara

rawan hati setiap kelasi
yang mengimpi segala puji
dayung hajat remuk patah

sejarah berpaling tadah
pada bangsa hilang maruah

Tiada ulasan: