Jumaat, November 17, 2006





















Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
PENAWAR SEGALA MUJARAB UBAT


berulangkali memahami cuba
segala rahsia, antara misteri
teka-teki dan permainan rasa,
muslihat bijak, percaturan gerak

panahan tujah seringkali gagal
dielak dengan pantas silat kata
tusukan beberapa kali pedihnya
meracun seluruh kudrat tenaga

di medan edan kejar mengejar
berlari letih memburu tanpa tuju
mengalas beban tanpa muatan
dan berhenti tanpa kepastian

indah dimata bukan indah di jiwa
khilaf membaca isyarat panca
terjerumus mudah dalam sesat
jelas dan terang bersuluh jua

duga lebih mencabar akal erti
busur ragu bidikan silap mata
tak rela tubuh menyerah patuh
tiada dua dalam pilihan setara

hidup punya kejutan keajaiban
tafsiran makna ganda berlipat
cahaya atas cahaya makrifat
penawar segala mujarab ubat

1 ulasan:

Penabahari berkata...

teruskan pencarianmu