Khamis, November 16, 2006





















Sebuah sajak Yusuf Fansuri

BERAKHIR DI SINI BERMULA


sekian lama gelisah
aku lepaskan gusar
dari sangkar

setelah debar
berdegup tidak
rapi tersimpul nadi


aku bebaskan
nafas-nafas hela
menerjah dada

sang rama-rama
berterbangan
bertebaran
di angkasa

ayuh! raikan
si peniup gita
dunia di puncak
kencana

telah berakhir
segalanya
titik di sini
bermula….

Tiada ulasan: