Rabu, Ogos 23, 2006
Segugus Pantun Moden
Yusuf Fansuri
Telah tumbuh si pucuk rebung
Selepas hujan cuaca pun murung
Ayam-ayam di reban bukan disabung
Senyum tersengih bukan menyinggung
Ilham adalah rezeki tersembunyi
Angkuh pula adalah nilai terkeji
Semakin berusia makin merendah diri
Kurangkan mengata dan lebih memerhati
Kalaulah padi tunduknya berisi
Manusia pula berpegang janji
Kalau bersaing mudah lupakan diri
Jadilah si beo yang tak tahu erti
Kalau takutkan ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut hilang jejak
Jangan berjalan di tepi sungai
Pantai zaman hilang dan pergi
Disapu ombak berkali-kali
Kalau berjasa biarlah berbudi
Orang 'kan mengenang sampailah mati
Hasrat dan kemahuan biarlah selari
Bagaikan baldi dengan perigi
Jadikan Tuhan rujukan tertinggi
Biarlah bercakap merendah diri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Pantun telah membudayakan kita menjadi lebih bersopan santun dan saling hormat menghormati, tanpa semua itu maka pincanglah adat dan budaya kita.
Tahniah kerana laman anda mengusulkan pantun yang terus mematangkan sesiapa yang cintakannya.
salam hormat.
Catat Ulasan