Sebuah Sajak Yusuf Fansuri
MEMBURU KUPU-KUPU
Untuk Niya
aku sukar
pertahan gusar
mengheret seksa
− aku letih aku pedih
garis langit nipis
hujan seringkali
tinggalkan kabut
dingin dan basah
dicelah dedaun
senja menyusup
sinar malam
mengandung makna
tak terucap
tak terdaya
memburu kupu-kupu
kenangan berterbangan
singgah di ranting
ingatan
di taman ini
aku ditawan sunyi
mengejar rindu
penghujung tiada!
3 ulasan:
usah dikejar rama-rama.
Rama-rama diburu jangan kerana sungguhpun indah kepaknya, rapuh sekali
Buat Sdr Yusuffansuri " Aku mencari tapi tak semestinya aku menemui... "
Catat Ulasan