
Sajak Spontan
Yusuf Fansuri
dalam deru
dalam nafas
dalam tubuh
dalam pembuluh
dalam lilin tujuh
hawa bernyawa
nyawa berhawa
hawa nyawa
HIDUP!
Senin, 2 Julai 2007

tatkala cahaya bulan
menyelinap di celah
kelambu malam
sedang memetik kecapi
di anjung singgahsana
cendawan berwarna
mabuk diulit
penawar mujarab ubat
kunci setiap makrifat
saksi penuh jadi
naluri tumpaskan berahi!
dahiri saini
malam pengantin
(buat sahabat yusuffansuri)
malam pengantin
zat harumnya
mekar sanubari
di luar bulan ceria
warna emas berkilau
antara malam dan bulan
aku tersepit kemas
luka dan duka.
berahinya mencemaskan
segar naluri
di luar kelam suram
antara ribut dan angin
aku masih bersendiri
rindu dan nestapa.
baru bermula
antara resah dan gelisah
aku tidak sendiri lagi
itu barangkali.

MASA DEDAUN
dan resah
masa dedaun
gugur
satu persatu
tua dan muda
ke dakap ibu bumi
antara resah
dan hayat
kawan!
betul katamu
peniti tajam
seringkali
tika menunggu!
PINTU (2)
Seberkas kunci
Rumahmu
Aku tahu
Kunci pintumu!

tak mampu
untuk menoleh
segala berlalu
pusaran memori
di hujung usia
akar pengalaman
mengukuh pohon
dewasa
saat menguasai
curiga di hati
sentiasa gusar
tak tenteram
pada waktu hasrat
semakin pudar rupa
dan harapan kecewa
seringkali
O ketahuilah…
nun di puncak impi
samalah menjulang cinta
penawar mujarab
segala duka!












