Jumaat, Disember 29, 2006












sebuah karya
Yusuf Fansuri

KERANA WANGINYA PUSPA


aku hadir tatkala

matahari takdir

melabuhkan

hijab senja


perjalanan jauh

usia merentas

impi mengalas

diuji seringkali


nah! ditamanmu

aku singgah sebentar

menumpang pasrah

sesekali disergah

kumbang kenangan


aku kembali

ke lamanmu kali ini

kerana wanginya puspa

harum yang membunuh

setiap sang pencinta


diribaanmu aku

memilih untuk terus percaya

rasa kasih tak pernah berdalih

jika soal setia jadi timbang tara!

3 ulasan:

Maslina Mahbu @ Armiza Nila berkata...

Suf,

puisi kitak makin kacak [segala sudut] dan amat berkesan sekali jika kena pada orangnya - biarpun secara kebetulan cuma

teruskan...

Maslina Mahbu @ Armiza Nila berkata...

Suf,

kacak puisi kitak tok...

boleh jadi ilmu untuk penulis muda seperti kamek

Maslina Mahbu @ Armiza Nila berkata...

Suf,

aku belajar kesenian lentok liuk puisimu...