Isnin, April 16, 2007













Sebuah Karya
Yusuf Fansuri
MENJULANG CINTA DI KEMUNCAK USIA


musim berlalu
meninggalkan
sisa kenangan
di simpang setiap

tak mampu
untuk menoleh
segala berlalu
pusaran memori

di hujung usia
akar pengalaman
mengukuh pohon
dewasa

saat menguasai
curiga di hati
sentiasa gusar
tak tenteram

pada waktu hasrat
semakin pudar rupa
dan harapan kecewa
seringkali

O ketahuilah…
nun di puncak impi
samalah menjulang cinta
penawar mujarab
segala duka!

Tiada ulasan: