sebuah karya
Yusuf Fansuri
Jinjang Singgahsana
(Untuk Dahiri Saini)
Yusuf Fansuri
Jinjang Singgahsana
(Untuk Dahiri Saini)
tatkala cahaya bulan
menyelinap di celah
kelambu malam
sedang memetik kecapi
di anjung singgahsana
cendawan berwarna
mabuk diulit
penawar mujarab ubat
kunci setiap makrifat
saksi penuh jadi
naluri tumpaskan berahi!
dahiri saini
malam pengantin
(buat sahabat yusuffansuri)
malam pengantin
zat harumnya
mekar sanubari
di luar bulan ceria
warna emas berkilau
antara malam dan bulan
aku tersepit kemas
luka dan duka.
berahinya mencemaskan
segar naluri
di luar kelam suram
antara ribut dan angin
aku masih bersendiri
rindu dan nestapa.
baru bermula
antara resah dan gelisah
aku tidak sendiri lagi
itu barangkali.
1 ulasan:
Salam.
Buat sdr Yusuf Fansuri,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.
InsyALLAH, usaha kreatif sdr yang tidak dipedulikan oleh sesiapa pun di Sarawak ini, mungkin suatu hari nanti, ada pihak yang lebih halus jiwa sasteranya akan menghargai bakat sdr.
Sdr juga sebenarnya harus berada di sebelah saya, mendorong dan menyemarakkan sastera Sarawak di peringkat nasional.
Saya tidak pernah berasakan bahawa otak penulis-penulis Semenanjung sahaja yang bergeliga. Sarawak memerlukan lebih ramai penulis segigih Dahiri dan sehebat Awangku Merali.
Usaha saya masih berada pada angka kosong. Marilah kita bersama merempuh blok mentaliti dan memasuki ruang kebangsaan. Sastera bukan kepunyaan sesiapa. Generasi baharu sastera kebangsaan tidak semata-mata diukur dari penulisan SM Zakir, Faisal Tehrani mahu pun Rahimidin Zahari sahaja. Mungkin juga dibaca dari perspektif puisi sdr.
Ikhlas,
Salam sastera.
Catat Ulasan