Khamis, September 25, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri

WANGINYA DI KEJAUHAN

(satu jawapan... barangkali)


aku pergi bukan cuba lari

tidak untuk mencari pula

t'lah kutemui segalanya

sebelum aku ke sini


kutinggalkan memori

basah lagi masih

agar selamanya

kautak berhabuk


gelombang rindu kaukirim

melalui angin dapat kurasa

di benua asing ini, hanya mampu

kusimpan di dalam baju dinginku


jauh jarak adalah ruang

untuk kau lebih tenang

tanpa perlu aku hadir di sisi

harap kau mengerti lebih


keluhan halus batinmu

seiring degup jantungku

& segenap nafas kauhembus

kuhirup wanginya di kejauhan.

Tiada ulasan: