Rabu, September 24, 2008



sebuah karya

Yusuf Fansuri

CEMBURU


lipatan cemburu

kubalut kemas

kusimpan takkan

gunting dalam helaian


kerana cinta

bukan membutakan

kerana cinta

adalah kebermaknaan


iri akan mematikan hati

curiga membakar istana

luhur hasrat abadi selamanya


jika kamu tahu batas-batasnya

maka aku sedar garis-garisnya

di mana titik temu bertindih

di situ kasih sayang di julang


Tiada ulasan: