Jumaat, Februari 22, 2008


sebuah karya
yusuf fansuri
MENGUKUR JARAK

di ujung horizon

di tebing berdiri

sendiri memerhati

dalamnya jurang

gunung


senja di ufuk jauh
bergaris-garis jingga
memilih terasing
untuk memahami
setiap uji dan duga

angin petang menderu
kusebut namamu
perlahan-lahan
dalam resah hati

tika kau tanya
haruskah kau pergi?
aku mengait diam
mencari di mana silap
silangkata hidup

cuba tidak menurut
halus bisikan naluri
melepasmu jua, aku

sayup kelam
kau terus hilang
dalam bayang malam
gebar memelukku
dalam dingin.

Tiada ulasan: