Jumaat, Februari 22, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri

DALAM HUJAN
- untuk m
 
Ayu wajahmu
Masih berlegar
Di ruang udara
Di dinding malam
O harap kautahu
Bukan salahmu
Apa telah berlaku
Berjalan di lorong
Samar
Sejuk Sunyi
Debu hujan melekat
Di baju dinginku
Tidak semua drama
Bisa berakhir bahagia
Itu kautahu, bukan?
Usah kaugusar
Segala rahsiamu
Tersimpan kemas
Di selimut hatiku
Setiap datang
Akan pulang
Setiap bermula
Akan berhenti
Hanya tinggal
Adalah memori
Aku tetap di sini
Dan begini…

Tiada ulasan: