Sabtu, Februari 23, 2008


sebuah karya
yusuf fansuri

JIKA KAUBACA PUISI INI


jika kaubaca puisi ini

tersirat di sanubari tiada niat

'tuk merimas atur hidupmu


O maafkan aku

mengheretmu sejauh ini

menjengah dunia sunyi

alam makhluk sepi


O ketahuilah olehmu

aku sendiri memilih

keterasingan

kerana letih

angkara insan


O maafkan aku

sesekali tersasar tingkah

jauh di dalam batinku

cuma ada CINTA

ingin kunyala

'tuk menerangi gelita


jika kaubaca puisi ini

dan jika tak terlambat untukku

menghulur khilaf ampun

Tiada ulasan: