Selasa, November 18, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri

BULAN & MATAHARI

untuk farid-iman


i

telah kuhadiah

bulan gibran padamu

menyuluh gelap malam

jalan-jalan manusiawi

mencari kebermaknaan

hidup sementara


ii

kini kupersembah

matahari rumi padamu

menerangi siang semesta

panduan insan agung

mencintai Sang Kekasih ulung


5 Juni 2008

2 ulasan:

farid berkata...

terima kasih.

semoga kita semua sentiasa berada 'di bawah lindungan Kaabah'.

dah khatam ibu-buku yang saya hadiahkan pada disember 2007?

:)

Yusuf Fansuri berkata...

Tengah membaca dan cuba memahami, ibu-buku itu begitu dekat pada aku. Ia berada di sebelah katil selalu, akan membacanya sebelum lena... terima kasih atas hadiah itu dan semoga anda mendapat barakah-Nya jua. Amin