Khamis, November 20, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri

BIAR AKU SIMPAN INI SYAHDU


O Kekasih

biar aku simpan ini syahdu

rahsia rasa usahlah kamu cuba bertanya

tiap berdetik nyata ada tertinggal sisa


O Kekasih

jika kamu ingin tahu jua

pasti kamu akan banjir air mata

tak sanggup aku melihat kau karam

di lautan luas tak terjangka


O Kekasih

biar aku menyelinap ke dalam hening

merajut hati dengan benang khali

lumrah luka pasti ada yang cedera

1 ulasan:

iman daud berkata...

karya baru :)