Jumaat, Ogos 29, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri

PERSINGGAHAN


setiap memori

adalah sebuah perhentian
hidup yang kencang berlari


singgah 'tuk menoleh

berhenti 'tuk memerhati

merenung 'tuk mengerti


kerana perjalanan

adalah sebuah pengembaraan

adalah sekisah pengalaman


mengalas bagasi harap

membaca buku cinta & kecewa

memeta arah agar bisa terus bernyawa


ini kesementaraan

hanya pinjaman
'tuk
bekalan ke negeri abadi.

2 ulasan:

Penabahari berkata...

abang termenung seketika.

Yusuf Fansuri berkata...

merenung perjalanan hidup... kita sering berhenti di stesen bernama memori... Abg Pharo, segalanya adalah kesementaraan@ realiti semu...cuba belajar berdikit-dikit:-)