Jumaat, Ogos 29, 2008



sebuah karya
Yusuf Fansuri

LABIRIN CERMIN


biasan-biasan
persis duri-duri
menusuk daging

di belahan retak
wajah silam merekah
kaca menyindir kenyataan

melalui ini labirin
berseorangan bersedia
'tuk menerima kejutan

realiti di ujung jari
segala ingin disentuh
bayang rapuh maya

Tiada ulasan: