Khamis, April 03, 2008



sebuah karya

yusuf fansuri

TARI RAJAWALI


telah kutanggalkan

jubah dunia


telah kujinakan

singa nafsu


telah kutundukan

rubah amarah


telah kutumpaskan

ular berahi


nah! kini aku

menari rentak rajawali


di hadapanmu

menyerah diri!


Tiada ulasan: