Rabu, April 13, 2005
GURIS
- Untuk Matahari
rinduku mula merusuh lagi
di kisuran angin kaukirim dendam
pesan yang tak terjangka oleh kalbu ini
O kekasih!
apalagi yang bisa kuhurai dari segala rencam sukma
kerana tiada siapa bisa ngerti derita nubariku
lama sudah aku cuba lupakan
segala manis & wangi kenangan
lara yang larat duka yang pekat
O kekasih!
belum sempat nafas bongsu ini kuhela
untuk mengilap cermin 1,000,000 nestapa
lantas
kauhiris bialanglala di hujung gerimis
saat ingin kuraikan cinta
kauhantar perutusan jiwa
cinta terlalu menagih segala apa yang ada!
O kekasih!
pinjam aku sedikit ruang & waktu
untuk kutawar guris yang mula bernyawa
tika parut masih lagi terasa pedihnya!
sebuah puisi YUSUF FANSURI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan