Ahad, Disember 04, 2011

sebuah karya
Yusuf Fansuri
BENING DI JURAI 
hujan
terus-terusan mengalir
bening di jurai atap
dingin menyentuh tulang
dan saraf pun menggeletar
dan bibir tak putus-putus 
memujamu, tunduk
seorang adam
rendah hati penuh
menyesali tiap detik
 pergi tak mungkin kembali
butir-butir tasbih bukit uhud
jadi saksi kulepaskan rindu
dari sangkar materi
terbang menghadap
syahdu di puncak tinggi!


2 ulasan:

Penabahari berkata...

ADinda Yusuf apa khabar? sejuk jiwa membaca bening di jurai

Yusuf Fansuri berkata...

Kakanda Pharo, semuanya baik-baik belaka. Terima kasih kerana menjadi pengunjung setia ;-)