Isnin, Disember 07, 2009



sebuah karya

Yusuf Fansuri

HANYA ENGKAU AKU ADA


hanya

engkau

aku ada


tika begini

sunyi

jatuh

cahaya bulan

di laut gelora


nun jauh

pulau diam

dibalut malam


hanya

engkau

aku ada


rusuh

kutidurkan

dengan hembusan

bayu dini


harap

engkau mengerti

sejengkal dekat

pada mati


hanya

engkau

aku ada

4 ulasan:

ku2 berkata...

salam tuan.
selamat berkenal.
'kemas' puisi tuan.
izinkan saya mengambil sekali sekala satu dua puisi yang ada
untuk tatapan dunia.
tq

setiakasih berkata...

YF:

aku ingin terbang
tapi sayapku belum kukuh
kakiku terikat dengan anutan
'sentiasalah...
jejak ke daratan,
memberi erti,
impian dan pengorbanan..'

saya mengagumi puisi tuan.

Yusuf Fansuri berkata...

setiakasih...

Ingin terbang
tapi sayap aku
baru tumbuh

kaki aku lemah
tersandung mudah
pada batu-batu jalan

hidup memberi erti
cuba mendaki impian
tanpa perlu lupa daratan.

setiakasih berkata...

heheh.... bagus..