Isnin, April 13, 2009

sebuah karya
Yusuf Fansuri

WAKTU 5


setelah kaupulang

tiada yang tertinggal


di tebing rasa

memilih aku sendirian


memerhati embun pagi

kering perlahan-lahan di ujung daun


sering aku menaruh harap

kau 'kan kembali menjelang matahari tinggi


paling tidak ketika bahang hangat mula reda

cahaya jatuh menjadi bayang panjang


atau kau bisa hadir pada masa senja menyarung jubah

dan aku terus terusan menyimpan resah


namun kautak tiba juga waktu malam menatang bintang

dan aku mula memasang sayap-sayap 'tuk terbang


O Kekasih biar dinihari aku pula akan pergi

kerana penantian membuat aku mati!


2 ulasan:

Penabahari berkata...

Tahniah, puisi sdr ini tersiar di YIIB Utusan Borneo hari ini.

Yusuf Fansuri berkata...

Terima kasih atas makluman Abg Pharo...