Isnin, Januari 05, 2009


Sebuah karya
Yusuf Fansuri
URAT DAUN

Ini puisi aku tulis
atas sehelai daun
pada waktu
aku sedang
amat rindu.

Lantas
aku biar
ia terbang
digilis angin.

Jika bisa
kautemui
itu daun lagi
simpanlah cermat
di dadamu
kerana
cintaku
telah jadi
urat segala hasrat.

2 ulasan:

Penabahari berkata...

saya amat mengerti jika adinda sedang bercinta..

Tanpa Nama berkata...

pharmy53...benar...yusuf...memang sedang bercinta...