Isnin, September 15, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri

RELA LEPASKAN SEGALANYA


aku pun meraut lara

jadi busur-busur

tajam & runcing


tak akan kurawat

hati yang cedera
biar mengering darah


rela lepaskan segalanya

jika itu tulus pintamu
tanpa syarat & wajaran


O Yusuf

jangan ceritakan
tentang apa kaurasa

kerana tiada mengerti
derita tertanggung

itu rahsia paling sulit


O Mawar
kaulah sentuhan yang benar
dalam hidupku pernah hadir


'kan kukenang setiap kemanisan
& aku terus menari tarian cinta
di bawah malam bulan rembang.

Tiada ulasan: