Jumaat, September 12, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri
M


jika benar
tiada ruang
'tuk ini rasa
bertakhta
cukuplah
satu titik
di hatimu
berdetik
tanda
pernah aku
tiba di gerbang
istana cintamu
satu senja.

1 ulasan:

farid berkata...

di gerbang
istana cinta M
satu senja

kau tinggalkan
bekas tapak kakimu
di kelopak air

M lihat nun
bayang-bayangmu
kabur jadi hilang

telah lerai
itu rasa sesak
merapuh berlalu
persis angin


(observation from an audience.. :D)