Selasa, Ogos 05, 2008

















Sebuah karya
Yusuf Fansuri

SESUATU YANG TERTUNDA


di celah retak-retak malam

cahaya bulan jatuh di dinding sunyi

angin kering mendesah perlahan

sulur sepi menjalar & pucuk-pucuk
kesedihan mula berputik


sekujur lara merintih disisi ranjang

& waktu terasa amat panjang

harus ke mana arah ingin kubawa?

kusebut namamu berulangkali tanpa

henti seiring degup jantung & debar

nadi. O Dewi pinjamkan aku kekuatan

'tuk menghela nafas-nafas terus


masih aku menunggu di sini

di satu sudut runcing & tajam

cuba menunda kenyataan demi

memberi makna cinta & erti nilai

pengorbanan


aku
harus menjadi lelaki
lebih cuba menyayangi bukan

menguasai


tetap aku nyalakan api biar

bahangnya mampu menghangat mimpi

& aku cukup tahu yang indah

seringkali mudah pecah.

Tiada ulasan: