Isnin, Mei 05, 2008


sebuah karya
yusuf fansuri

JIKA MATAHARI BISA TERPEJAM MATA


O Jelita

jika matahari

bisa terpejam mata

& dunia gelap gelita

takkan kubiarkan

siang terus terpadam


O Jelita

jika bulan

bisa gerhana sinarnya

& malam jadi kelam

takkan kubiarkan

hitam berpanjangan


O Jelita

ketahuilah olehmu

cintaku 'kan terus bernyala

walau nyawa melayah di udara.

2 ulasan:

MARSLI N.O berkata...

Sdr. Sekarang ni saya tengah kempen berhenti merokok. Lawatlah kat "klinik" saya.

AL-BIMA SAKTI berkata...

salam marsli n.o
eloklah tu... cadangan yang baik tu elok diteruskan. semoga berjaya!