Khamis, April 17, 2008



sebuah karya

yusuf fansuri

AKAN SELALU


niat bukan

mendusta cuba

pada tulus

hatimu


tak pernah

walau seinci

'tuk menyakiti


tahu aku

cintamu putih

tak layak dilukai


biar aku sapu

air matamu

biar aku usap

mulus pipimu


O Maya Dewi
sungguh...

ini kasih tak pernah

terbahagi dua.

Tiada ulasan: