Jumaat, Mac 21, 2008


sebuah karya
yusuf fansuri

TERINGAT AKAN KAMU, RINDU SAKITNYA


harus bagaimana

ingin kuterjemahkan

ketika rindu menghangat


pada siapa gerangan

'tuk kuluahkan

rasa menyala ada


waktu-waktu begini

sunyi tumbuh bagai kaktus

di gurun sahara


tanpamu di sisi

aku memerhati

buruj-buruj di langit tinggi.

Tiada ulasan: