Jumaat, Mac 07, 2008


sebuah karya
yusuf fansuri

SI PENCURI HATI


kauhadir
di musim unggu
membawa sekuntum bunga
terselit di telinga.

bibirmu basah
merah merekah

senyummu penawar

segala lara bertahun.


tubuhmu tumpah haruman

aku lemas edan kasmaran

merengkuh bianglala.


parasmu wajah cinta

impian sejuta nara

yang bersayap cahaya

memiliki kamu,aku ingin...


Tiada ulasan: