Sebuah karya
Yusuf Fansuri
DEBAR INI TAK KAUDENGAR DEGUPNYA
rindu rasa sukar benar kuterjemah dengan kata-kata
jarak makin dewasa memisahkan usia jadi mengerti lebih
runtutan perasaan jelas bukan mainan mudah 'tuk cuba
mengacah setiap gerak dan geri laku cemburu
debar ini tak bisa kaudengar degup getarnya
dada ini telah kuselimuti lapisan tebal kapas
agar tidak ada siapa tahu isyarat rahsia hatiku
berbicara bukan penghubung terbaik waktu begini
kerana diam lebih bermakna dan tulen dalam memahami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan