Sebuah karya
Yusuf Fansuri
SUNYI MAKNA
- Untuk Kakanda Pharo sempena persaraanmu
akan sungai usia
terus mengalir
ke laut tenang
dan renta tak bisa
runtuhkan tebing rasa
saat begini menuntut lebih
akrab tuhan, mencintai insan
tak bisa menolak suratan
adat roda berputar jua
akan tiba setiap kita
pada titik hujung garisan mula
gilaplah piala sunyi
agar sentiasa kilaunya
biar hidup sendiri
tapi penuh bererti!
September 4, 2007
3 ulasan:
Adinda Yusuf seperti memahami riak rasa yg mengalun lautan fikir kekanda.Semoga adinda diberkati Ilahi.
Abang, tiada yang lebih bahagia selain menghargai seorang sahabat sejati.
Salam buat YF dan bang Pharo,
Bang teruskan perjuangan abang dalam dunia penulisan dan rakaman foto.
Sebenarnya tiada nama persaraan dalam hidup seorang penulis selagi nadi masih berdenyut.
Bersara dalam kerjaya lumrah yg pasti kita pegang.
Mudah2an abang tenang menghadapi hari-hari terakhir dengan kerajaan..amin...
Dik Armiza Nila
Catat Ulasan