Jumaat, Januari 12, 2007





















sebuah karya
Yusuf Fansuri
PADA DETIK AKU CUBA MELAFAZKAN...

gemuruh ini tak bisa terbendung
dan gementar seiring degup jantung

kucuba tenteramkan gendang debar
agar rentak kata tak tersasar rasa

O wangi, dengarlah sepenuh hati
tulus ini bukan erti berbelah bahagi

pada detik aku cuba melafazkan
karam aku dipulas gelombang jiwa

sungguh mencintaimu aku lebih
dari apa yang sepatutnya kautahu!

1 ulasan:

Penabahari berkata...

ucapkan kata itu seprti debur ombak yang mengusap pantai.Nyaring dan keras.Pantai akan berubah, menuruti pinta ombak.