Isnin, Ogos 01, 2011


sebuah karya
Yusuf Fansuri

DATANG AKU KALI INI


O Bulan

datang aku

kali ini tika

subuh masih
basah lagi

angin perlahan

mengusap sisi

jubah undan


tunduk aku

dengan seluruh

menadah rasa
penuh rendah


O Bulan

datang aku

kali ini biar

embun dini
jadi saksi...



3 ulasan:

Awanama berkata...

Salam.
Bagaimana cara mahu saya mendapatkan koleksi buku puisi saudara?

Yusuf Fansuri berkata...

Salam,

Terima kasih kerana mengunjungi blog Yusuf Fansuri. Buku puisi yang tertera di laman blog ini telah kehabisan stok dan tidak dicetak lagi. Insha Allah, pada masa akan datang saya akan maklumkan melalui blog ini jika ada terbitan terkini.

Awanama berkata...

Baiklah.
Terima kasih saudara.