Isnin, Jun 20, 2011


sebuah karya
Yusuf Fansuri
SEBENTAR, TUNGGU...


O Kekasih
lama telah
kutanggal susuk
persalinan merak
dari tubuhku

di tasikmu
belajar aku
lentur bahasa aur
kias kocakan ikan
debar getar angin

O Kekasih
seekor Undan, aku
memilih bersunyi
mencari damai erti
sepi kelopak teratai


3 ulasan:

Penabahari berkata...

Terlalu lama kau menyendiri, wahai undan yang bijaksana.

Yusuf Fansuri berkata...

Terima kasih Bang Pharo, kerana sudi menjengah ke laman ini! Undan bahagia....

Awanama berkata...

Sunyi mengandung damai yang sungguh bererti...