Rabu, September 14, 2011




sebuah karya
Yusuf Fansuri
PERLAHAN

perlahan pulang
tanpa mampu 
dibujuk rayu
penjaga senja
kerana sabit bulan
menghantar tanda-tanda
memanggilnya kembali
ke dakap tertinggi
diiring seru bersayap 
terbang ke peterana langit





Isnin, September 12, 2011

sebuah karya
Yusuf Fansuri
SEPERTI HILANG SEGALA

datangkan padaku
seorang penawar
mujarab obat 
sakit cinta ini
tak tertanggung 
bisanya meracun
segala saraf urat
tak mahu aku
seperti hilang segala