Khamis, Ogos 12, 2010


sebuah karya
Yusuf Fansuri

MENYUSUN HURUF


sabit ramadan

nun jauh di hujung awan

dinihari hening

debar menunggu pagi

menyusun aku huruf-huruf

cuba berbisik perlahan

sepenuh hati

O Kekasih

saat dingin menyatu

embun ditubuhku

hangat air mata

menetes di celahan

esak kulepaskan

doa-doa pun bersayap

terbang melamarmu