Jumaat, Ogos 08, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri

BIAR KUKESAT AIRMATAMU

- Untuk Mia Amanda


biar kukesat

airmatamu

O Sayangku


tak selayaknya

kautangisi kesedihan

kerana ia melukakan


jadilah
bidadari
taman sorga cintaku

'kan kunyanyikan lagu
tiap saat bersamamu

O Dewi

aku mencintaimu lebih

puteri jelmaan kejora

tak mungkin bisa
aku lepaskan dakapmu!

080808

Khamis, Ogos 07, 2008


sebuah karya
Yusuf Fansuri

AKU PUN PERSIS ACHILLES



O Sayangku

ketahuilah olehmu

hanya aku insan biasa

bukan seorang dewa

mangli segala rasa


O Kekasihku
harap kautahu & mengerti

aku pun persis Achilles

bisa luka & berdarah

tumitnya


O Dewiku

kaulah rahsia agung hidupku

kaulah matahari cintaku

kaulah roh pada nyawaku

Selasa, Ogos 05, 2008

















Sebuah karya
Yusuf Fansuri

SESUATU YANG TERTUNDA


di celah retak-retak malam

cahaya bulan jatuh di dinding sunyi

angin kering mendesah perlahan

sulur sepi menjalar & pucuk-pucuk
kesedihan mula berputik


sekujur lara merintih disisi ranjang

& waktu terasa amat panjang

harus ke mana arah ingin kubawa?

kusebut namamu berulangkali tanpa

henti seiring degup jantung & debar

nadi. O Dewi pinjamkan aku kekuatan

'tuk menghela nafas-nafas terus


masih aku menunggu di sini

di satu sudut runcing & tajam

cuba menunda kenyataan demi

memberi makna cinta & erti nilai

pengorbanan


aku
harus menjadi lelaki
lebih cuba menyayangi bukan

menguasai


tetap aku nyalakan api biar

bahangnya mampu menghangat mimpi

& aku cukup tahu yang indah

seringkali mudah pecah.