Selasa, Julai 07, 2009


sebuah karya
Yusuf Fansuri

GELUNG CAHAYA


aku terpaku

tika sinar

mula melingkar


sulur nur

membalut tubuh

mengunci kata-kata


dalam

gelung cahaya

nafasku terhenti


aku fakir

bertasbih namamu

di puncak api